[Kenapa Kena Bagi Makanan Kepada Tuhan?]
Anak saudara saya yang Belum Muslim berusia 7 tahun bertanya kepada saya;
"Soo Soo (pakcik dalam Mandarin) kenapa orang pergi 'miau' (tokong Cina) kena bagi makanan kepada tuhan-tuhan mereka?"
Lalu saya menjawab;
"Bryan (namanya) rasa kenapa?"
Lalu dia menjawab;
"Entah. Kenapa tuhan-tuhan kena makan? Kalau tuhan-tuhan kena makan, dia mana boleh jadi Tuhan. Manusia sahaja yang kena makan ma. Tuhan bagi kita makanan Tuhan tak perlu makan ma."
Bryan sering solat berjemaah setiap kali berjumpa. Beliau juga suka mendengar azan dan tidak membenarkan ibubapa saya menukar saluran apabila ada azan di TV. Doakanlah agar beliau tetap kekal dalam fitrahnya dan dikurniakan taufiq dan hidayah untuk memeluk Islam apabila dewasa kelak. Allahumma Ameen.